projek terbaru.....Perusahaan yang dijalankan ialah adalah ladang ternakan moden secara intensif berbentuk komersial yang lebih dikenali sebagai ternakan lembu fidlot. Fidlot komersial telah diperkenalkan oleh Jabatan Perkhiidmatan Haiwan bermula pada tahun 1986. ini selaras dengan Perkara 31 Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010). Dimensi baru: Pengeluaran daging lembu, kambing, bebiri, dan susu segar akan dipertingkatkan untuk pasaran tempatan dan aktiviti penternakan kecil yang berpotensi akan terus diubah operasinya kepada operasi komersial yang lebih besar.
Bumi Hijau Enterprise memilih untuk menternak lembu bagi tujuan perniagaan ini. Penternakan lembu ini, dijangka akan mendatangkan pulangan keuntungan yang baik, berikutan daripada galakan kerajaan kepada pihak rakyat bagi menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu cabang perniagaan. Skop sampingan bagi perniagaan ini ialah menjalankan perniagaan secara islamik, yang mana dijelaskan sebagai pembekalan daging halal. Pada masa kini, barangan halal amat dititikberatkan oleh para pengguna. Sebagai konkritnnya, pasaran ini amat diyakini oleh semua golongan pengguna tidak kira daripada golongan muslim ataupun sebaliknya.
Di antara aktiviti perniagaan utama yang dijalankan oleh Bumi Hijau Enterprise ialah menternak dan menjual daging mentah segar. Dalam sistem fidlot, pemeliharaan lembu secara intensif di dalam kandang/kurungan adalah untuk tujuan pengeluaran lembu daging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan yang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh yang tertentu. Keadaan ini menjamin kualiti daging yang dikeluarkan oleh ladang.


Black metal sebenarnya bukannya muncul tiba2. Asalnya ialah sub-genre daripada muzik heavy metal yang biasa.Kebiasaannya muzik jenih neh mengandungi bunyi distortion gitar yang berat dan dimainkan dengan pantas, vokal yang menjerit dan drumming yang laju.Liriknya pula kebanyakannya berteraskan kepada anti-Kristian dan turut juga diselitkan dengan tema-tema kultus.Dari segi imej pula, pada awalnya band2 muzik ini lebih suka menggunakan "cat mayat", sejenis mekap yang kaler hitam dengan putih untuk menunjukkan kesetanan mereka, heh.






