Thursday

khas utk penggemar KAROKAY

pada korang yang suka karokay tu jaga2...

bukan pe..tlah terbukti sekarang nie microfon yg kita gunakan utk melalak tu boleh menyebabkan kematian jika tak digunakan dan dimanfaatkan dgn betul..
dah ade kes tau....aku tak tipu......

hal nie aku rujuk dari petikan paper utusan 4 disember bebaru ni...jap nak copy....


Lelaki enggan beri mikrofon mati ditikam

SANDAKAN 4 Dis. - Gara-gara tidak mahu berkongsi mikrofon dengan orang lain ketika berhibur di pusat hiburan di sini, seorang lelaki mati akibat ditikam di bahagian dada lewat malam tadi.
Abdul Sani Doli, 23, mati akibat ditikam dengan menggunakan objek tajam ketika berada di luar pusat hiburan tersebut oleh sekumpulan lelaki.
Kejadian itu dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati beberapa pengunjung lelaki ketika di pusat hiburan tersebut, meminta mikrofon yang sedang digunakan mangsa tetapi tidak diberikan.
keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan kemarahan lelaki tersebut.
Sejurus selepas itu, ketika keluar dari pusat hiburan tersebut kira-kira pada pukul 11 malam, mangsa diserang oleh kumpulan lelaki tersebut.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rosli Mohd. Isa ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.55 malam.
"Mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah, mayatnya dihantar ke Hospital Duchess of Kent, di sini untuk dibedah siasat," katanya kepada ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

kan...aku tak tipu.....alahai...ape aa nak jadi....

5 comments:

@@Jieha@@ said...

mayb diaowg nie krg ilmu agama agaknya...cbb 2 ckit2 nk nek baran jer,owg cmtu elok buang kt pulau trpncil jer biar kwn ngan berok bru pdan ngan dia kan hehehehehe....cocopie!!!!!

admin said...

bertamadun ke klu kita cakap cam tu..??..bi logik dan diterima akal...

admin said...
This comment has been removed by the author.
admin said...

mmm...lau smua yg ade masalah kita campak kat pulau tu..pulau tu tetap ade masalah...kan diorg tu cuma kurang didikan agama je.,..bawak2 bertazkirah je aaa.....ye tak..??

admin said...
This comment has been removed by the author.