Thursday

Di Sebalik Debu

...dah hampir 3 thn Manaf bekerja di Kilang Beras Chong Quatt, sejak keluar dari penjara dsinilah dia bermandi keringat mencari rezeki setiap hari malah kadang2 membawa ke malam. Kalau diikutkan hati, habuk yg berkepoi menjulang dan gatai miang padi yg melekit bersama peluh dibadan,memang tak sanggup rasanya. Padi badah yg disalai dlm kebuk pengering di isi kembali kedalam guni dan disusun dgn rapi sebelum dimasuk kedalam mesin pengisar beras sedikit demi sedikit. Mukanya berjelaga seperti musang teberau dek kepulan habuk hitam. Biarpun menggunakan topeng penutup hidung namun habuk2 halus tetap menerjah masuk kelubang hidung Manaf,,,kalau rajin dikorek dan dihimpun dlm seminggu mungkin sekati taik hidung terhasil. Kata org, boleh dibuat lilin kalau di gelintea dgn benang mentah...Manaf tetap akur dgn hukum karma kehidupanya kini. Baginya yg lepas biarlah lepas tk guna diungkit kenang lagi. Yg penting anak2nya perlu mendapat makan dan pelajaran yg sewajarnya, 10 tahun mereka terabai. Terpisah oleh tirai besi. 10 tahun Manaf terkurung,sesalnya dia tak terkira. Suatu ketika dulu siapa yg tak kenal Manaf, taiko ganja,kaki judi belangkas yg cukup disegani di kampungnya. Hidup liarnya berkesudahan dgn terkurung didlm penjara.Dia hilang segala-galanya, isterinya Naimah juga lesap disambar org,anak2 yg masih kecil pd masa itu ditinggalkan kepada Mek Som ibu Manaf. Naimah yg bertahun menahan gelora akhirnya menuntut fasakh membubarkan ikatan perkahwinan mereka. Hati Naimah yg tengah lapar dahaga akhirnya telah dicuri oleh Bidin Belacan,seorg duda kaya. Bidin adalah tauke belacan yg berjaya dari kampung berdekatan. Sewaktu Manaf bertapa dalam penjara hidup Naimah anak beranak tak keharuan jadinya.Pada ketika itu muncul Bidin Belacan sebagai hero menyumbang budi. Sudah menjadi adat dunia si isteri akan menumpang glamour si suaminya. Kalau seseorg wanita kawin dato tentu isterinya dipanggil datin... kini Naimah boleh berbagga,siapa tak kenal Mah Belacan.?Bebudak perempuan yg masih bercabang kencingnya pun kenal,malah cemburu..! Hidup Naimah cukup mewah,gelang emas sampai kesiku, rantai labuh kepusat, cicin sampai penuh kejari kaki. Kain baju tiap hari bersalin ganti..."Haii yaaa lu apa bikin Manaf,,? Cepat..! kelija..kelija..itu padi mau lori angkat pi ooo..!"..Tiba2 pekikan suara itu menerpa gegendang telinganya...Manaf tersentak dari lamunan. Serentak dgn itu puntung rokoknya dibuang kelantai simen dipijak tenyeh ala2 gangster filem Tamil..........


Wednesday

bermimpi ular..?

salam sayang..

baru malam semalam aku bermimpi dipatuk ular...gile..ular tedung selar kuning tu weh...mau tak sempat sampai spital aku dah padam...mimpi ni aku cite la kat sidia..nangisss die dengar jln cite mimpi aku tu...tkut jd betul2...yang..luv u too..

..ok2 sory,terbawa-bawa..berbalik pada cite kita k.. Mimpi ni mainan tdo je..tapi aku rungsing jugak sebenonye bila memikirkan tentang tafsiran2 yg terlalu byk berkaitan mimpi ni...so membuatkan aku berubah seketika menjadi sorang yang rajin membaca plak..ciap wat research lagi tu...nak tau tentang mimpi dipatuk dek ular ni...

so di pendekkan cite..aku dapat la satu artikel tentang mimpi yang aku amik sebagai memujuk diri aku sendiri daripada memikirkan hal tu sangat...camni citenye...


mimpi Reptilia ni merupakan mimpi yang memiliki simbol yg tersulit, pasalnya jenis binatang ini memiliki bermacam erti mengikut sesetengah budaya. Secara am, menatang ini disimbolkan sebagai pembawa ketakutan, kebijaksanaan atau kedamaian. semua ni diambil kira dari berbagai cerita2 sejarah dan cerita rakyat dari berbagai kebudayaan berbeza, juga diorg bgitau diambil dari pengalaman pribadi org yang memberi kenyataan tu..


Dalam keadaan terjaga, ketakutan terhadap ular merupakan hal yang wajar,,aku pun.. Untuk beberapa orang, ketakutan ini sangat mengganggu dan buatkan mereka menjadi pobia. Bahkan dalam berbagai foto, ular sering digambarkan sebagai ancaman yang menakutkan. Bagi orang-orang yang memiliki ketakutan pada ular, tidur yang bermimpikan binatang ini pastilah jadi sebuah mimpi paling buruk..ngeri bebb.


Dalam beberapa budaya di Asia dan org asli Amerika, ular merupakan lambang kebijaksanaan. idea tentang kebijaksanaan ini diambil dari kemampuan ular tu untuk berganti kulit dan memperbaiki dirinye. Jika ada seseorang bermimpi tentang ular, dilihat dari perspektif ini, dapat diretikan yang mana beliau sedang memulakan sesuatu yang baru..kehidupan baru atau ape je yang berkaitan, telah dapat menyelesaikan masalah besar atau bakal selesaikan dan secara umum merupakan berita baik ar...tapi dalam perubatan islam..len cikit maksudnya..tu aku cakap..byk sgt tafsirannya..yg tu aku tak mahu ceritakan..


menurut Islam,mimpi mendengar bunyi kulit ular bermakna menjauhkan diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk mengalahkannya. Jika bermimpi dibelit dan dipatuk ular alamatnya akan kite kaum adam beristeri dan jika perempuan akan bersuami(yang bujang je..yang dah kawen jangan ngatal).


Dalam kepercayaan Kristen-Yahudi, ular merupakan lambang dari godaan atau kekuatan yang berlawanan dari tujuan yang ingin dicapai seseorang.lebih kepada kegagalan pun ada. Konsep ini diperoleh dari Kitab Suci, dimana setan yang menggoda Adam dan Hawa di syurga berbentuk ular. Jadi, bermimpikan ular didalam konteks ni merupakan peringatan kalau ada seseorang dalam kehidupan kita, yang mungkin akan jadi penghalang. yaAllah..mintak disimpangkan..

Tapi menurut tokoh kejiwaan klasik ternama Sigmund Freud juga menyumbangkan teorinya tentang mimpi terkait ular. Freud bagitau aku, kalau ular merupakan tipe dari lambang kemaluan,buruk atau hina. Bermimpi ular boleh melahirkan rasa takut dan melahirkan trauma terkait hal itu kepada setiap insan.

Kesimpulannya, bermimpi tentang ular dapat memberikan erti yg lebih mendalam. Semuanya tergantung pada emosi yang disertai saat kita bermimpikannya (hehe..ok tak grammar aku..??).apakah akan lahir semua rasa takut hormat atau berlawanan mcm kepercayaan diatas td.?

Bagaimana reaksi Anda terhadap ular: Biasa, sangat takut, saya dah dulu..takkan saya lagi.??..saya tak boleh la..saya takut jarum... atau berani takde ubat dah..?? Apakah ular itu muncul dalam mimpi saat Anda bersendirian atau sedang bersama orang lain? Apa yang Anda rasakan tentang orang lain yang bersama Anda ketika itu?..aku telah mengalaminya...bagaimana dengan anda..???


renung-renungkan..dan selamat beramal..

kenangan ditaman cinta..

rizal terus menghempaskan beg sekolahnya diatas katil..masih terbayang2 wajah seorang perempuan yang sempat direnungnya semasa berada dikawasan meletak motor tadi..riak wajah gadis itu membuatkannya terkenangkan seseorang yang telah banyak meninggalkan kesan dan parut dalam hidupnya..pada awal remaja..jiwanya mula tersentuh dgn cinta apabila dia mula berhubung dgn seorang gadis yg tinggal sekampung dgnnya..

memang perhubungan mereka pada ketika itu menampakkan sesuatu yg lucu, seperti sempit sangat dunia ciptaan Allah S.W.t yg maha kaya ini..susunan ayat yg keluar dari mulut kawan sekampungnya, kadang2 menampakkan akan meninggalkan kesan pada hati seseorang manusia yg normal seperti rizal..tapi,rasa cinta dan kasehnya terhadap izati tidak pernah luput dan mengatasi segala2nya..cinta pertama yg tercipta itu membawa rizal ke syurga dunia yg penuh nikmat..lagi pun,perkenalan mereka sudah mendapat restu dari kedua2 org tua mereka yg sememamgnya bersahabat baik..hanya menanti masa untuk rizal menamatkan pelajaran sahaja..

hari berganti hari..minggu berganti minggu..sedar tidak sedar..hubungan itu hanyalah terjadi dalam keadaan dusta semata2..


Memang inilah yg dinamakan dengan takdir..entah mengapa..kasih yg dipupuk bagai menatang minyak yg penuh..tumpah bercucuran diatas jalan..menahan tempias kutukan asmara dari mulut2 yg merasakan perpisahan itu suatu rancangan..rizal terus dirundung sepi..menghadapi hari2 yg berlalu dengan penuh kedukaan..jelingannya pada seorang gadis di sekolah tadi..membuatkan luka hatinya berdarah kembali..kenangan lama terimbas, membayang seribu kepahitan yg terpaksa ditanggungnya entah berapa lama lagi..petang itu..dibiarkan sahaja fikirkannya melayang2 mengenangkan peristiwa hitam perpisahannya dengan izati yg berlalu hampir 5 bulan..tetapi baginya,bagaikan semalam..memang kuat kasih yg berpaut pada hatinya..entah mengapa,kadang2 dia merasa hairan..tidakkah izati merasi apa yg dia rasai..sedangkan mereka sama-sama berjanji sumpah setia suatu ketika dahulu..



Lamunan yg perit itu akhirnya terhenti oleh satu suara yg sememangnya dia kenal..”abg..tido ke..dah solat ke belum..”..itulah suara yg menjadi pemangkin semangat kepada dia selama ini..itulah suara ibunya..seperti sedia kala..rizal adalah seorang yg bersahaja dan mememang pantang mendengar perkara yg sama berulang2 kali..terus ringankan badannya..menggerakkan kaki dengan langkah kanan untuk mencapai tuala yg tersangkut pada tingkap..

Setelah selesai solat zohor..bergerak membawa jasad pada pandangan..tetapi..hati dan mindanya..masih dibelenggu santau kasih sayangnya pada izati sebelum ini..menuju ke dapur..dibukanya tudung saji..dilihat..lauk2 kegemarannya semuanya tersusun indah menununggu dijamah..tergerak hatinya untuk mengisi sedikit perutnya yg kosong sejak dari pagi tadi itu..dirasanya sedikit lauk itu..nampak sedap,berbau enak, bewarna menarik..tapi sayang..apabila sampai dilidahnya..semua itu hilang..lidahnya juga bagai mengerti dan berkabung dengan penderitaan yg dialaminya..rizal terus membatalkan sahaja hajatnya itu..berjalan dia menuju ke bilik dgn hati yg sebak..jiwanya terus dirundung malang..melihat makanan yg menjadi kegemaran dia bersama izati..makanan yg selalu menjadi gurauan tatkala melayari bahtera atas nama sepasang kekasih..semua aspek kehidupan berkeluarga menjadi topik utama jika mereka bermesej..sebab terlalu sayang..sebab itu jualah rizal merana..

Tanpa membuang masa..rizal terus merebahkan badanya di atas katil..memejamkan mata dengan harapan..malaikat akan membantunya menghadapi masalah itu buat sementara waktu sebelum beransur pulih ke keadaan sediakala..


Dengan harapan baru..dihari yg baru..terdetik dihatinya untuk menjaga mata dari terpandang gadis yg menyerupai kekasih hatinya dulu itu..mungkin rizal telah mendapat kekuatan dari mimpi yg hadir dalam tidur yg tidak lena semalam..

Waktu yg sama..tempat yg sama..seperti semalam..rizal dapat merasakan dirinya berdepan dgn masalah jiwa lagi..dari gerak lenggok seorang gadis yg dipandang dengan bayang2 matanya sudah cukup membuktikan..gadis itulah yg mnyerupai kekasihnya dulu..dia tidak mampu melawan arus kecewa yg terlalu menghimpitnya itu..dibiarkan sahaja dengan rela matanya memandang gadis itu..meratap raut wajah yg dulunya menjadi sumber inpirasi dan pembakar semangat dalam hidupnya..rizal terus pulang kerumah dgn membawa bayangan gadis itu ke dalam biliknya..tergerak disudut hati kecilnya..utk mengisahkan gadis yg tak dikenalinya itu..ke dalam kamus hidupnya..dia mencapai sebatang pen dan buku yg menjadi mangsa kerakusan jari menyampaikan nota hati akibat kecurangan seorang hamba Allah itu.kadang2 dia berfikir..apakah tujuan dan motif utama dia mengarang cerita2 gelap hidupnya didalam buku ini..utk siapakah..adakah manusia yg berminat utk membaca kisah hidup seorang remaja yg berasal dari pelusuk kampong..yg hanya dikenali oleh sedara mara terdekat dan penduduk kampong yg berkapasiti 30 buah rumah sahaja itu..

Tetapi..kadang2 dia meneruskan jugak aktiviti yg telah bnyk menelan dakwat pen yg tidak bersalah itu, kerana..apabila naluri yg tercetus didalam hati yg terguris akan merasa tenang jika gerakan jari ini berjalan lancar menuturkan masalah pada ruang putih yg diperbuat dari bahan semulajadi itu..

Tanpa membuang masa pada hari kedua perkenalannya dgn baying 2 gadis misteri ini..jarinya terus berfungsi dgn baik menyampaikan nota dari hati…


Membisu saja tiada terkata..

Pabila kuterpandang wajahmu..

Yang seiras kekasihku yang dulu..

Aku tergamam tiada bersuara..

Pabila kau menjeling padaku..

Seolah kau membaca pintu hatiku..

Wajahmu manis yang mempersona..

Tidur pun tak lena..

Siang dan malam terbayang-bayang..

Mandiku tak basah..ku rindu..Gerak geri serupa..

Tak ubah kekasihku dulu..

Gaya lenggang pun sama.. Membuat hatiku cemburu..

Dikaulah yang kuangani.. Dikaulah yang kuhajati..

Serasi membawa bahagia..



.........bersambung