Wednesday

kenangan ditaman cinta..

rizal terus menghempaskan beg sekolahnya diatas katil..masih terbayang2 wajah seorang perempuan yang sempat direnungnya semasa berada dikawasan meletak motor tadi..riak wajah gadis itu membuatkannya terkenangkan seseorang yang telah banyak meninggalkan kesan dan parut dalam hidupnya..pada awal remaja..jiwanya mula tersentuh dgn cinta apabila dia mula berhubung dgn seorang gadis yg tinggal sekampung dgnnya..

memang perhubungan mereka pada ketika itu menampakkan sesuatu yg lucu, seperti sempit sangat dunia ciptaan Allah S.W.t yg maha kaya ini..susunan ayat yg keluar dari mulut kawan sekampungnya, kadang2 menampakkan akan meninggalkan kesan pada hati seseorang manusia yg normal seperti rizal..tapi,rasa cinta dan kasehnya terhadap izati tidak pernah luput dan mengatasi segala2nya..cinta pertama yg tercipta itu membawa rizal ke syurga dunia yg penuh nikmat..lagi pun,perkenalan mereka sudah mendapat restu dari kedua2 org tua mereka yg sememamgnya bersahabat baik..hanya menanti masa untuk rizal menamatkan pelajaran sahaja..

hari berganti hari..minggu berganti minggu..sedar tidak sedar..hubungan itu hanyalah terjadi dalam keadaan dusta semata2..


Memang inilah yg dinamakan dengan takdir..entah mengapa..kasih yg dipupuk bagai menatang minyak yg penuh..tumpah bercucuran diatas jalan..menahan tempias kutukan asmara dari mulut2 yg merasakan perpisahan itu suatu rancangan..rizal terus dirundung sepi..menghadapi hari2 yg berlalu dengan penuh kedukaan..jelingannya pada seorang gadis di sekolah tadi..membuatkan luka hatinya berdarah kembali..kenangan lama terimbas, membayang seribu kepahitan yg terpaksa ditanggungnya entah berapa lama lagi..petang itu..dibiarkan sahaja fikirkannya melayang2 mengenangkan peristiwa hitam perpisahannya dengan izati yg berlalu hampir 5 bulan..tetapi baginya,bagaikan semalam..memang kuat kasih yg berpaut pada hatinya..entah mengapa,kadang2 dia merasa hairan..tidakkah izati merasi apa yg dia rasai..sedangkan mereka sama-sama berjanji sumpah setia suatu ketika dahulu..



Lamunan yg perit itu akhirnya terhenti oleh satu suara yg sememangnya dia kenal..”abg..tido ke..dah solat ke belum..”..itulah suara yg menjadi pemangkin semangat kepada dia selama ini..itulah suara ibunya..seperti sedia kala..rizal adalah seorang yg bersahaja dan mememang pantang mendengar perkara yg sama berulang2 kali..terus ringankan badannya..menggerakkan kaki dengan langkah kanan untuk mencapai tuala yg tersangkut pada tingkap..

Setelah selesai solat zohor..bergerak membawa jasad pada pandangan..tetapi..hati dan mindanya..masih dibelenggu santau kasih sayangnya pada izati sebelum ini..menuju ke dapur..dibukanya tudung saji..dilihat..lauk2 kegemarannya semuanya tersusun indah menununggu dijamah..tergerak hatinya untuk mengisi sedikit perutnya yg kosong sejak dari pagi tadi itu..dirasanya sedikit lauk itu..nampak sedap,berbau enak, bewarna menarik..tapi sayang..apabila sampai dilidahnya..semua itu hilang..lidahnya juga bagai mengerti dan berkabung dengan penderitaan yg dialaminya..rizal terus membatalkan sahaja hajatnya itu..berjalan dia menuju ke bilik dgn hati yg sebak..jiwanya terus dirundung malang..melihat makanan yg menjadi kegemaran dia bersama izati..makanan yg selalu menjadi gurauan tatkala melayari bahtera atas nama sepasang kekasih..semua aspek kehidupan berkeluarga menjadi topik utama jika mereka bermesej..sebab terlalu sayang..sebab itu jualah rizal merana..

Tanpa membuang masa..rizal terus merebahkan badanya di atas katil..memejamkan mata dengan harapan..malaikat akan membantunya menghadapi masalah itu buat sementara waktu sebelum beransur pulih ke keadaan sediakala..


Dengan harapan baru..dihari yg baru..terdetik dihatinya untuk menjaga mata dari terpandang gadis yg menyerupai kekasih hatinya dulu itu..mungkin rizal telah mendapat kekuatan dari mimpi yg hadir dalam tidur yg tidak lena semalam..

Waktu yg sama..tempat yg sama..seperti semalam..rizal dapat merasakan dirinya berdepan dgn masalah jiwa lagi..dari gerak lenggok seorang gadis yg dipandang dengan bayang2 matanya sudah cukup membuktikan..gadis itulah yg mnyerupai kekasihnya dulu..dia tidak mampu melawan arus kecewa yg terlalu menghimpitnya itu..dibiarkan sahaja dengan rela matanya memandang gadis itu..meratap raut wajah yg dulunya menjadi sumber inpirasi dan pembakar semangat dalam hidupnya..rizal terus pulang kerumah dgn membawa bayangan gadis itu ke dalam biliknya..tergerak disudut hati kecilnya..utk mengisahkan gadis yg tak dikenalinya itu..ke dalam kamus hidupnya..dia mencapai sebatang pen dan buku yg menjadi mangsa kerakusan jari menyampaikan nota hati akibat kecurangan seorang hamba Allah itu.kadang2 dia berfikir..apakah tujuan dan motif utama dia mengarang cerita2 gelap hidupnya didalam buku ini..utk siapakah..adakah manusia yg berminat utk membaca kisah hidup seorang remaja yg berasal dari pelusuk kampong..yg hanya dikenali oleh sedara mara terdekat dan penduduk kampong yg berkapasiti 30 buah rumah sahaja itu..

Tetapi..kadang2 dia meneruskan jugak aktiviti yg telah bnyk menelan dakwat pen yg tidak bersalah itu, kerana..apabila naluri yg tercetus didalam hati yg terguris akan merasa tenang jika gerakan jari ini berjalan lancar menuturkan masalah pada ruang putih yg diperbuat dari bahan semulajadi itu..

Tanpa membuang masa pada hari kedua perkenalannya dgn baying 2 gadis misteri ini..jarinya terus berfungsi dgn baik menyampaikan nota dari hati…


Membisu saja tiada terkata..

Pabila kuterpandang wajahmu..

Yang seiras kekasihku yang dulu..

Aku tergamam tiada bersuara..

Pabila kau menjeling padaku..

Seolah kau membaca pintu hatiku..

Wajahmu manis yang mempersona..

Tidur pun tak lena..

Siang dan malam terbayang-bayang..

Mandiku tak basah..ku rindu..Gerak geri serupa..

Tak ubah kekasihku dulu..

Gaya lenggang pun sama.. Membuat hatiku cemburu..

Dikaulah yang kuangani.. Dikaulah yang kuhajati..

Serasi membawa bahagia..



.........bersambung

2 comments:

Anonymous said...

sambung ah plak...=)

mizzapple said...

kisah cinta bersambung!
huhu