Thursday

mandi junud @ wajib

by Azarudin Bocheh on Thursday, August 5, 2010 at 11:36am


Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Wednesday

Ketahui disebalik lagu Alejandro by Lady Gaga

Ketahui disebalik lagu Alejandro by Lady Gaga

copy by Farah Salwa Aznan on Tuesday, August 24, 2010 at 6:07pm

Pesanan to Alejandro.... Baca sampai abis yek...

Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah keweb ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.

Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi danbeberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkinmengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salahsatu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memeganghexagram sebagai tahanan berbaris.

"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."

Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam danmembawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang samamacam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..

But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?

Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.

Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.

Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."

Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?

(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untukmenghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..

" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall

Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)

Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.

Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..

I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktumenyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaranKristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tubuat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..

Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :

" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "

Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...

Cik Gaga ni membawa bersamanya semuaagenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukaudengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragudengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhentimendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebutLa-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kamidari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)

Saturday

luahan atau kata-kata..?

luahan dan kata-kata....
manakah yg lebih benar...
bukankanh setiap luahan melalui kata-kata...
oh tak...luahan juga melalui perbuatan...
sikap..prilaku... tapi...
kata-kata..??...ianya diperkatakan..
diucapkan....tapi...adakah ianya lahir dari hati..?
atau hanya skadar kata-kata....
adakah hati itu tulus....??
cinta..itu kau ucapkan padaku...
tapi hatimu masih tertanya-tanya...
adakah tulus cintamu..adakah benar kau untuk ku.??
juga tertanya untukku...adakah benar aku menyintaimu..?
makin hari makin terbelenggu..
terbelenggu dgn kata-kata dan luahan itu...
kata-kata yang kau ucapankan..
luahan yg kau berikan...
adakah itu luahan..
atau hanya sekadar kata-kata...
kata-kata yg lahir entah dari mana...
aku tertanya....................


Monday

kenangan semalam

huh...lama aku buka ruang post nie...tapi tak taip2 pun....
tringat je igauan td....mm..bukan tadi je kot..sari 2 nie..aku asyik ditimpa masalah je...kemarin..kmalangan cikit..cikit pun..kmalangan jgk tu..tapi yg aku tak keharuan...mlm nie...


11.00am boring aa dok kat kilang..takde job utk aku arinie...yg ade..pas kt kwn2 je..alah cikit je bende nak di maintnance...pc kat opis tu takde org guna pun..baik aku ambik port... boring tak tau nak buat ape...fon dah tak berbunyi dari semalam...(awek merajuk..)..jiwa aku tak tenang arr..aku rindu sesorg,..tapi...die tak beri aku pluang lagi...arrrhhhhh...camne nie......
mmm..facebook aku...ade kwn die...terasa gatai plak tgn nie mncari nama sesorg yg aku baru kenali...ha...dah dapat pun...1st..aku buka la write msj....tapi ape aku nak tulis ek...mmmm....aku dlam dilema nie...
"mmmm...kwn awk tu..mmmmm"...tu je mampu aku taip...tak tau nak taip lebih2...then....hari ku berlalu seperti biasa... arrhhh..ade pun msj darinya...pasti ada se1 nie...lau tak...jgn hrap laa..maklum aa org tgh badmood...mmmbtul cakap ku...die sdang berduka...tapi disebabkan hal lain....alamak...disebaliknya...aku terpaksa trima apa yg dimahukan....



8.00pm penat je badan nie..keja siang tadi takde aa teruk pun..apela..hahah... mcm biasa aku dengan ruangn facebook n web2 tertentu tuk aku cari bahan dlam tugasan harian aku...satu persatu msj kat fb aku balas...slah 1 nya...yg aku anta siang td...sidia..???...oh dia mkin tenang...aku perlu biarkannya dengan masanya...dia ada tanggungjawab lain yg lebih penting dari aku utk dia sempurnakan...aku..??aku insan luar yg belum layak untuk apa2...tak mengapa...aku perlu berfikiran positif.....
horay....fon aku berbunyi lagi...baru je td cakap nak study....nie msj pulak...rindu la tu..hihih....



yaAllah....mengapa begini....kemanisan tadi semakin bergoyang..lalainya aku dalam melontar kata...sedarkah aku perbuatan aku tak disenangi...ternyata aku tersilap dalam langkah sendiri....semakin aku tak mampu membalas mesej2 nya yang berbaur benci...mmm..aku perlu berfikir...kija diteruskan..mungkin makin bergoncang....ok aku diam dan mengalah....

arrrhhhh...sekali lagi aku diuji...tunduk ku tak bererti takut..diam ku tak bererti tak peduli......
aku dikatakan tak mengendahkan...sedangkan aku cuba mengawal kedaannya yg semakin liar dlam emosi...


9.09pm bagaikan banduan dikandang salah.....satu persatu kesalahanku di nyatakan... mungkin smua tu dari perasaan yg terpendam..yg tunggu diletupkan..nah...aku dah dapat habuan..dari kelalaian aku sendiri...aku mengalah..dengan harapan..belas kasihan masih ada setelah rasa syg terhakis dgn benci yg terdendam..ternyata...dia dah lama tersiksa...bodohnya aku...biarkan dia begitu sekian lama...arrrhhh..emosinya smakin berani....aku dihukum sepuasnya....tapi aku rela...demi memuaskan hatinya...demi menyenangkan nya...
aku rela...hati ini sudah tak dikira.....kata hatinya lebih berkuasa.....



12.05am dah lewat mlm nie...berbaurnya emosi aku ketika ini...terkenangkan perjalanan cinta aku dari mulanya...peritnya perpisahan...walau pernah kulalui dulu..tapi knapa yg ini..bagai gila aku rasakan....aarrrhhhh..perasaan ko je zam...mampu ka aku buka diari yg baru esoknya...???esok pastinya aku bersendiri...sampai bila...?..baru ja aku nak mengukir angan...tersungkur pula...



12.16am aku baru buka msj kat facebook..dari temannya aku terbaca...mmg...mgkin silap aku coz tak pesan jgn gitau dia yg aku ada msj...biar lah tentang itu...biarlah dahulu aku dengan lukaku...tidak mahu tidak..aku tetap nak kena ubatkan juga...
aduuhhh..aku betul2 sakit dengan ape yg terjadi....mengapa begini.......



Disini jua memori tercipta...

walau terjalinya kasih hanya seketika..

mungkin disini juga kasih kita bertemu noktahnya..

kenangan bersama takkan ku lupa..

yang terpahit itulah termanis jua...

semua bagi ku indah belaka..

pasti ku ingat selamanya....

trima kasih syg...

Sunday

....

Tak selamanya

aku bukanlah peri yang kan turun dari langit..
bisa memberi segala keinginan mu,
aku bukanlah bintang menyinar dimalam hari,
tapi kupunya cinta yg ku berikan...
tak selamanya cinta harus saling memiliki...
tak semestinya sayang dijadikan perhiasan.....

kau harus mengerti apa ertinya cintamu..
bukan satu alasan harus miliki aku
ini bukan ahkirnya dari cerita cintamu....
masih banyak tempat...masih banyak ruang.....
tak selamanya cinta harus saling memiliki...
tak semestinya sayang dijadikan perhiasan.....
tak selamanya.....

Saturday

kunci syurga..?

kunci syurga

Untuk menjawab persoalan ini, mari kita ikuti satu kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan seorang paderi Katolik.Kisah ini menyimpan banyak rahsia besar. Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatikan. Dan apakah fungsi Al-Quran di dalam altar khas di Perpustakaan Vatikan.

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam. Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian dia beranjak hendak keluar.Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat." Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!" Sang paderi pun mulai bertanya,

"Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada lapannya,
lapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya,
dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya."
"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!"
"Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?"
"Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?"
"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?"
"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"
"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?"
"Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"
"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!"
"Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Setelah membaca Bismillah dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
-Lima yang tiada enamnya ialah solat lima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada lapannya ialah langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
-Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy Ar-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60). -Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).
-Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!" Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda." Paderi pun berkata,

"Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah." Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

aku bace artikel ni, aku sangat tenang mungkin sebab da lame tak terisi dengan tazkirah2 seperti ni.. harap kawan-kawan amik iktibar yea..
projek terbaru.....

Perusahaan yang dijalankan ialah adalah ladang ternakan moden secara intensif berbentuk komersial yang lebih dikenali sebagai ternakan lembu fidlot. Fidlot komersial telah diperkenalkan oleh Jabatan Perkhiidmatan Haiwan bermula pada tahun 1986. ini selaras dengan Perkara 31 Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010). Dimensi baru: Pengeluaran daging lembu, kambing, bebiri, dan susu segar akan dipertingkatkan untuk pasaran tempatan dan aktiviti penternakan kecil yang berpotensi akan terus diubah operasinya kepada operasi komersial yang lebih besar.

Bumi Hijau Enterprise memilih untuk menternak lembu bagi tujuan perniagaan ini. Penternakan lembu ini, dijangka akan mendatangkan pulangan keuntungan yang baik, berikutan daripada galakan kerajaan kepada pihak rakyat bagi menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu cabang perniagaan. Skop sampingan bagi perniagaan ini ialah menjalankan perniagaan secara islamik, yang mana dijelaskan sebagai pembekalan daging halal. Pada masa kini, barangan halal amat dititikberatkan oleh para pengguna. Sebagai konkritnnya, pasaran ini amat diyakini oleh semua golongan pengguna tidak kira daripada golongan muslim ataupun sebaliknya.

Di antara aktiviti perniagaan utama yang dijalankan oleh Bumi Hijau Enterprise ialah menternak dan menjual daging mentah segar. Dalam sistem fidlot, pemeliharaan lembu secara intensif di dalam kandang/kurungan adalah untuk tujuan pengeluaran lembu daging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan yang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh yang tertentu. Keadaan ini menjamin kualiti daging yang dikeluarkan oleh ladang.

huh....lama nyepi beb

nyampah aku tgk iklan kat tv tu...
P1W1max.......potong jgn tak potong....tapi aku nak pakai tak leh...maklum aa aku dok kampung....
dorg ingt org kg tak pakai mende2 maju nie kot...nak jadi malaysia maju...tapi tumpu kat bandar2 je....aku kat umah nie pakai berokband pun lembab...so...kena aa berdempek kat kfc ke...mcD ke....dapat gak wifi free....huh...tu pasai dah lama nyepi tu....

HomEstAy....

meh makan buah meh...

nie hasil aku kutip tiap pagi...ambik yang mana aku sampai je aa..atas pokok byk lagi..tapi rangga byk aaa..malas panjat....lau kat dusun aku...buah2 yang ade tak pernah kami jual...sape nak makan meh a makan byk ne korg larat habiskan...mmg tak pernah jual....so..aku pikir nak wat mcm homestay plak pas nie..nak mkn tak kena bayar...tapi nak masuk dusun kena bayar...murah je...RM10 satu pala...kanak2 dibawah umur balikh bagi pompuan dan sebelum khatan bagi lelaki..dikecualikan dari bayarannn...

Salamat Datang.............

Friday

saje aku nak isikan blog nie...dah lama tak edit....

Musim buah nie,,,haiwan bernama tupai kena aa tembak...lau tak...dapat kulit je aa kt kita..isi semua die bental...tapi..kat dusun aku tu..pelanduk pun ade...alahh yang rupe mcam kancil tu...bukan kancil yang bapak aku bawak p dusun tu..tapi kancil nie sesat sndiri kat ctu...tempat die dah org teroka dah kot..aku dah 2 kali terlihat kelibat menatang tu..tapi tak sempat nak wat hape...time aku galas senapang..takde jumpa a plak....mmm...bila tah...2 3 ari lepas...hasil buruan diperolehi....tapi takleh mkn aa plak....ulau sawo...taktau aa klu korg mkn..tapi aku sefamily mmg tak mkn...
nak jadi cite..sebupu aku la...ligan tupai...tupai tu lari...jumpa ulaq tu dok belengkaq atas pokok.,..takde besar mana pun...tapi..dah nama pun hobinye memburu...aku...adik aku, sekali ngn pupu aku tuh..kaco ulaq tu tdo..jolok ngn galah yg kami create lam utan tu..asal die jelik mata je...derau gak darah aku...ulaq tu nak je terjun trus..."plepaaannnnggg"..desing je linga aku nie,,,senapang meletup.....terjuntai je ulau tu menderita kesakitan.....sayang tul aku tgk...bukan pe...lau hdup lagik sah2 harga tinggi cikit..heheheh...

Eh koMe...theQoyan suDah LurUh

hahaha...musim duyan kembali...
byk gak wah duyan kat dusun bapak aku tuh...buah len pun menjadi sakan...
langsat je yang tak bape best...kemarau sangat kot..buah lebat..tapi besar2 button "Ctrl" kat keyboard korg tu je...buah len..peerrhhh...manggis...tampoi...buah melaka ja takde...



Kena plak aku cuti panjang...3minngu...so..asal celik ja mata pepagi...mak aku dah suruh ciap...gi dusun...bukan gi kutip buah...but...aku kena menebas arrr....hu huh...

mmmm......
Dusun tu bleh dikatakan..setaun 2 kali je kot aku gi tebas...batang kayu yg nak ditebas pun dah besar2 smua......
malas aa aku nak taip panjang2..bubyee

Thursday

Sejauh mana korang tau tentang BLACK METAL..

Black Metal? Kambing hitam? Puja Setan? Mungkin itu yang terlintas di kalangan fikiran undergrounders semua bila sebut ja pasai Black Metal? Tapi berapa ramai sahaja orang yang tau sebenaq2 nya asai dari mana black metal dan macam mana keadaan asal muzik black metal itu sendiri? Dan mesti korang tau semua dekat Malaysia neh apa yang jadi kepada golongan yang begitu taksub dengan black metal ini sampai jadikan benda neh sebagai pegangan hidup dan terpesong akidah? Akai ada letak dalam spenda!
Bagi aku muzik neh hanyalah satu hiburan ringan bagi aku. Jadi mari kita lihat interview yang dibuat dengan setan.. ehe. dak aih.. mari kita selongkar sejarah muzik black metal yang penuh sadis ini sendiri untuk mengeducatekan undergrounders di sini



Black metal sebenarnya bukannya muncul tiba2. Asalnya ialah sub-genre daripada muzik heavy metal yang biasa.Kebiasaannya muzik jenih neh mengandungi bunyi distortion gitar yang berat dan dimainkan dengan pantas, vokal yang menjerit dan drumming yang laju.Liriknya pula kebanyakannya berteraskan kepada anti-Kristian dan turut juga diselitkan dengan tema-tema kultus.Dari segi imej pula, pada awalnya band2 muzik ini lebih suka menggunakan "cat mayat", sejenis mekap yang kaler hitam dengan putih untuk menunjukkan kesetanan mereka, heh.



::Sejarah::

Awal 80-an dulu, band2 yang bercorakkan black metal ini buleh dikatakan mula muncul di area2 cam Norway, Scandinavia, Finland dan adek bradek depa la. Orang yang paling bertanggungjawab dalam memulakan scene black metal neh tak lain tak bukan Øystein Aarseth (Euronymous), gitaris band Mayhem. Dia neh buleh dikatakan bapak kepada muzik black metal. Scene black metal di sana memang betui2 anti-Kristian, dan menyatakan matlamat depa untuk mengusir pengaruh agama Kristian dan juga lain2 agama non-Scandinavian daripada rakyat Norway. Gerakan pengusiran ini boleh dikatakan diterajui oleh satu kumpulan bernama 'Inner Circle', yang diketuai oleh Aarseth sendiri dan beberapa rakan rapat dia dan ditubuhkan di basement kedai muzik Aarseth, Helvete. Kedai itu juga turut berfungsi sebagai recording studio , di mana band Mayhem dan beberapa lagi band yang bernaung di bawah label independent Aarseth yang bernama Deathlike Silence. Matlamat Deathlike Silence ialah untuk menghasilkan album2 bg band yang "menjelmakan setan dalam bentuk yang paling setan" hehehe,.... kira band yang betui2 imej dia ganas dan setan la layak nak bernaung bawah label neh...Pada waktu yang sama juga, banyak gereja2 di Norway dibakar dan geng Inner Circle neh mengaku depa yang bertanggung jawab dalam bakaq2 gereja neh. Dan peristiwa bakaq gereja yang paling diingati ialah gereja Fantoft, yang juga dibakaq oleh geng Euronymous (Inner Circle la tu). Dan yang paling melampao bila ada segelintir pengikut gerakan neh mula mencederakan band2 death metal yang mai buat tour dekat negara depa ataupun negara2 jiran dengan alasan : "lack of evilness" . Sakai ka apa depa neh?.... Punya pasai la orang nak main apa pun.Dalam tahun 1990, scene black metal ini tiba2 ja mendapat liputan meluas daripada media massa apabila frontman band Mayhem neh telah membunuh diri dengan menembak kepalanya dengan shotgun dengan nota yang ditinggalkan "Excuse all the blood". Mayatnya kemudiannya ditemui oleh Aarseth sendiri , tapi mamat neh bukan nya dia tepon polis, sebaliknya dia pegi dekat kedai yang juai kamera pakai buang dan beli sebijik pehtu tangkap gambar kepala membernya yang dah bersepai dengan otak dah tekeluar.Tujuan dia tangkap gambaq tuh? Untuk dijadikan kulit album depa pada masa akan datang yang bertajuk Dawn of The Black Heart (tak caya? tgk gambaq yang disediakan). Ada juga laporan yang mengatakan band2 member yang lain ambek sket otak Dead (nama member yang bunuh diri tuh) pehtu buat stew dan makan dan ambek sket serpihan tengkorak dia buat rantai.Memang saket jiwa betoi la depa neh.'Inner Circle' sekali lagi mendapat perhatian media apabila Vikernes (band Burzum) bunuh Aarseth dengan kejamnya atas masalah peribadi antara depa diorang tuh dengan menikam 23 kali dekat kepala Aarseth. Vikernes kendiannya dijatuhkan hukuman penjara 21 tahun dan sejak tuh mula menjauhkan diri dari gerakan black metal neh dan terlibat dengan aktif dalam penghasilan karya2 yang berbau Neo-nazi.




Dan dalam beberapa tahun dalam 90-an, apabila scene black metal neh nampak macam nak kiok dah, muncul band Dimmu Borgir yang menggunakan susunan muzik yang klasik, keyboard dan muzik2 diorang pun slalu gak dimainkan di belah2 Eropah. Daripada muzik yang susah diterima dari awalnya, Dimmu Borgir berjaya menaikkan scene black metal ini ke satu tahap di mana muzik ini mampu menarik perhatian lebih ramai orang.

Walaubagaimanapun, dalam pertengahan 90-an, scene black metal di Eropah Timur semakin bertambah. Band2 dari negara2 bekas Soviet neh menghasilkan rekod yang lebih memelihara style asal band2 Norway yang awal.Lirik2 pula kebanyakan lebih kepada untuk mengingati kegemilangan lampau negara asal diorang, dan tidak langsung memasukkan elemen2 lagu2 tradisional di dalam karya diorang.Skyforger, salah satu band dari Latvia neh la yang paling menonjol dalam style masukkan unsur muzik tradisional neh.Di Russia dan Ukraine plak, scene diorang lebih menjurus kepada arah metal-Scandinavia.Band Ukrain, Nokturnal Mortum, merupakan salah satu band yang mula mendapat perhatian di belah2 barat dan memasukkan instrumen muzik Slavik tradisional dalam arrangement muzik diorang.Di Poland pulak, band neo-nazi, Graveland, lebih suka memasukkan feel zaman feudal eropah dalam muzik diorang.Bagi scene di US plak, sikit sangat band2 yang bawak muzik black metal neh dan kadangkala dipangge dengan USBM (US Black Metal) dan beberapa band macam Judas Iscariot dan satu lagi band yg ada skit unsur death metal , Averse Sefira.

::Sub-genre::

Dari black metal neh, beranak pinak lagi macam-macam punya genre spt:Battle metal (Bal-Sagoth, Mortiss)Celtic metal (Cruachan, Geasa)Folk metal (Skyclad, Cruachan, Waylender)Medieval metal (Satyricon, Borknagar)Melodic black metal (Abyssos, Cradle of Filth, Dimmu Borgir)Nazi black metal (Burzum, Thor's Hammer, Kataxu)Symphonic black metal (Cradle of Filth, Emperor)Tolkien metal (Isengard, Summoning)Troll metal (Arckanum, Mortiis)Vampyric black metal (Cradle of Filth)Viking metal (Bathory,Vintersorg, Enslaved)

Bagi aku, aku lebih prefer kepada melodic black metal dengan symphonic, sebab muzik dia mmg sempoi dan kadang2 bikin tidur.Bagi scene di Malaysia ngan Singapura plak, band2 black metal yang terkenal ialah macam Sil Khannaz, As-Sahar, Nosferiel, Impiety dan blambak lagi. Stakat aku tgk musician black metal kat Malaysia neh okeh ja kalau kat luaq, cuma time perform ja mungkin showmanship diorang ganas2.Yang bebudak kena tangkap dulu tuh betui2 aku cakap depa bukannya tau sangat benda apa black metal neh, cuma tau mengikut ja a.k.a POSEURS!! AKhir kata dari aku, kalau ada silap pasal info yang aku cuba kasitau neh, tolong la pebetui okeh?>>>info 100% aku copy<<<...hak cipta asal tetap terplihara....